Wednesday, April 30, 2008

lawak petang2... namanya dah bengong jugak..

kuda dan rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

malaysian idol

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polanah binti Polanah dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polanah binti si Polanah dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

bila besar nanti....

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

ayat2 cinta



Alhamdulillah telah pun khatam membaca novel ayat2 cinta yg ditulis oleh penulis Indonesia... actually waktu kat Malaysia niat nak beli novel ni amat lah tebal.. tapi bila my mak dah bising dipadamkan lah niat yg tebal tu... hehhe

For anyone who likes to read this story i have the soft copy of this novel... (diulangi soft yer bukan hard copy)

There are a little bit synopsis about this novel:

Fahri student of Al Azhar university yg tinggal berdekatan ngan umah maria (actually atas dan bawah) mempunyai hubungan yg akrab dan saling menghormati sesame jiran... sedangkan maria ialah gadis kristian katolik yg amat kuat pada agamanya... namun dia mempercayai adanya Tuhan kepada nabi isa (Al-Masih)...walaupun Maria seorg yg bukan islam namun dia mampu menghafal ayat2 Quran di antaranya surah Maryam.

Fahri bertemu dgn Aisha di dalam tube dan kesopanan dan juga budi bahasa Aisha (gadis germany-Turkey) yg bgn dan member tempat duduknya kepada musuh ketat rakyat mesir-Amerika. Ketika diri Aisha dimarahi oleh rakyat mesir gara2 memberi tempat duduknya kepada rakyat Amerika itu, fahr bangun dan membela Aisha... bermula dari peristiwa itu, Aisha berjumpa kembali ngan fahri sebagai memnuhi tanggungjawabnya utk mebantu Alice (American) yg tgh mencari jawaban kepada pelbagai persoalan tentang Islam....

Satu lamaran utk fahri datangnya dari aisha (melalui pakcik aisha-dan juga ustaz fahri) dan setelah istiharah fahri akhirnya memmutuskan utk menerima aisha menjadi suri rumahnya... seblum perkahwinannya, fahri mendapat tau yg Nurul juga menaruh hati pada fahri namun apakan daya majlis pernikahan fahri akan berlangsung dan berita yg didengari nya sudah cukup terlewat...

Disangkakan panas hingga ke petang, rumah tangga yg dibina bersama aisha mendapat masalah apabila fahri ditangkap akibat fitnah dari noura (suatu wajtu dahulu fahri pernah menolong noura) yg mengatakan dirinya hamil benih fahri... tiada siapa yg dapat menolong fahri ketika itu kerana saksi utama iakni maria tgh dalam koma akibat dari rasa cinta yg keterlaluan terhadap fahri yg mmbawa kpada ksakitan yg mdalam....

Fahri lelaki rebutan 4 gadis... aisha, nurul, noura dan juga maria, akhirnya telah bernikah dgn maria demi myelamatkan maria dan maria sedar dan membantu fahri d mahkamah sbg saksi utama.. fahri terlpeas dr tuduhan merogol... maria meninggal dunia akibat penyakitnya yg sudah melepasi tahap kritikal... dan dia meninggal dunia dalam keadaan bersolat...

Berlainan sekali novel dan movie ayat2 cinta... personally, i love the novel but the movie just so-so... maybe because there are something that i personally not satisfied with the movie... maria even already married with fahri, and life as muslimah still not wearing scarf, and also do not perform the sholat.

Tuesday, April 29, 2008

40 nasihat saidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah swt.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib

بكيت على شباب قد تولى * فيا ليت الشــباب لنا يعـود لو كان الشــباب يباع بيعا * لأعطيت المــبايع ما يـريد ولكن الشـباب إذا تــــولى * على شـرف فمطلــبه بعـي
د
Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil

halaqah.net

care to be johorean?? sesungguhnya hanya johorean yg mengenal johorean... hehehe



1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).

Contoh :-

Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.

Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok).

Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.

Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.


5. Diorang ada ENDUT **.

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

7. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


8. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!

aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

(halaqah.net)

beda antara cinta dan keinginan utk memiliki...


Beda antara cinta dan keinginan utk memiliki....

1st of all saya pun pening kepala nak bedakan antara cinta dan juga keinginan utk memiliki....

Persoalan ini datang tanpa dijemput dan diundang(so takdelah mcm kes org undang tuk dtg kenduri kahwin.....) ni semua gara2 otak serabut nak exam dan2 persoalan ni pun hadir... huk3

Ada org kata dari suka datangnya cinta dan selepas cinta datangnya keinginan utk memiliki....

Tidak kurang jugak yg kata cinta ni satu ikatan yg suci yg tak perlu kan balasan... hanya memberi tanpa menunggu balasan dr si penerima... (betuikah bm ku?) manakala keinginan utk memiliki pulak satu lambing keegoan di mana cinta mesti memiliki... (egokah?)

Pendapat saya (diulangi pendapat saya bukannya pendapatan umum) cinta ialah bila kita bahagia melihat org yg kita sayangi/cintai bahagia... walaupun air mata gugur (asal lah jiwang) tapi dalam jiwa kita sentiasa berdoa yg org tu bahagia.... walaupun tempat yg pernah kita impikan telah pun dikongsi dgn org lain...

Berlainan ngan ingin memiliki... tak salah wujudnya perasaan ingin memiliki... ingin disayangi asalkan berpada.. itukan lumrah alam.. setiap yg hidup ada keinginan utk berdua2 an kalau tidak bertiga2 an.. so.. apa salahnya kalo keinginan utk memiliki tu hadir dalam hidup kita... Cuma yg salah ialah cara kita.. mungkin berlebih-lebihan... ingat niat tidak sama sekali menghalalkan cara...

So... fikir2kanlah dan selamat beramal... =)

Ini doa utk memintak jodoh: ada ke kene mengena dgn topic perbincangan??

YA Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik utkku duniaku dan akhiratku maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan

Tetapi ya Allah... seandainya dia bukan miliku, tidak baik utkku duniaku dan akhiratku maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan islam....

Amin...

Wednesday, April 16, 2008

blog pertamaku

16 april 2008

another 1 month to my ACCA exam... cuak n takut melanda diri.. apakan daya nak blaja malas so here i am... tapi tak lama InsyaAllah... akan diriku merajinkan diri...

1st day blog ni distartkan rasa cam tak best je kalo tak tulis catatan di atasnya...
InsyaAllah kalo ada rezeki i will share my experience of travels and hopefully it can help some people especially my frens...

ok, semoga bertemu lagi...